THE MALACCA GUARDIAN dan Haji Mohamed bin Haji Abdul Rahman J.P.

 Catatan perjalanan mencari sejarah Haji Mohamed bin Haji Abdul Rahman J.P

1) Pada Mei 2017 saya ke Singapura di dalam satu misi peribadi iaitu untuk mencari maklumat mengenai datuk saya iaitu Haji Mohamed bin Haji Abdul Rahman J. P. di National Library Singapore yang terletak di No 100 Victoria Street, Singapore.

2) Sebelum ini pun sudah beberapa bulan saya telah mencari maklumat secara online di portal National Library Singapore ini dan hasilnya saya telah berjumpa dengan beberapa petikan akhbar mengenai datuk saya yang terdapat di bbrp akhbar seperti Malaya Tribune dan Straits Times.
3) Antara keratan akhbar yang saya telah temui adalah penglibatan beliau di dalam Straits Settlement Association, Asiatic Planters Association, Muslim Lawn Tennis Association serta beberapa laporan berita mengenai aktiviti sosial dan sukan.
4) Apa yang lebih mengujakan adalah keratan-keratan akhbar yang melaporkan peranan Haji Mohamed bin Haji Abdul Rahman J. P. sebagai pemimpin Melayu yang telah berjaya menubuhkan Malay Union (Kesatuan Melayu) di Melaka pada 26 September 1937. Penubuhan Kesatuan Melayu ini merupakan kesinambungan di atas kejayaan Kesatuan Melayu Singapura. Semua ini akan saya ulas di dalam satu post yang khusus nanti.
5) Untuk memuaskan hati, saya mengambil keputusan untuk ke Singapura bagi melihat keratan-keratan akhbar tersebut yang disimpan di dalam bentuk mikro filem.
6) Selain daripada itu kedudukan National Library ini sangat dekat dengan Istana Kg Glam yang merupakan Malay Heritage Center, membolehkan mencari maklumat mengenai Tuan Haji Ambok Soloh J. P yang pernah menjadi Presiden Kesatuan Melayu Singapura selepas pengasasnya Eunos Abdullah J. P. meninggal dunia.
7) Oleh kerana ini merupakan trip bajet, saya menaiki bas ekspress dari Melaka ke Singapura dan menginap di hostel bajet di kawasan berhampiran Masjid Sultan dan saya berjalan kaki dari hostel ke library. Dalam perjalanan pergi dan pulang, ada juga saya singgah di Restoran Zam yg masyur itu untuk menikmati Beriani dan Murtabak.
8) Sewaktu mencari maklumat di komputer yang disediakan di perpustakaan tersebut, saya telah berjumpa dengan maklumat "Mohamed bin Haji Abdul Rahman - Director Malacca Guardian Pte Ltd.
9) Kemudian barulah saya tahu bahawa Haji Mohamed pernah menjadi Director (Ahli Lembaga Pengarah) sebuah akhbar mingguan berbahasa Inggeris yang berpengkalan di Melaka serta diterbitkan pada setiap hari Isnin mulai Januari 1928 hingga Disember 1940.
10) Akhbar yang berpejabat di No 3 Jonker Street ini mempunyai Ahli Lembaga Pengarah (Board of Director) dari kalangan Prominent Straits Born Chinese iaitu Pengerusinya Tan Cheng Lock serta ahli-ahli pengarah yang lain iaitu Dr B. H Ong, Chee Chin Keong, Chan Kang Swi, S. C. Chan serta Mohamed bin Haji Abdul Rahman.
11) Saya tidak sempat untuk meneliti mikro filem berkaitan Malacca Guardian di National Library Singapura kerana kesuntukan masa.
12) Apabila saya ke London pada penghujung November 2019, saya telah menghabiskan masa selama 4 hari di British Library di Euston Road, berhampiran Station King Cross untuk meneliti apa2 dokumen termasuklah kesemua mikrofiilm The Malacca Guardian yang disimpan disitu.
13) Saya tidak tahu adakah mana-mana perpustakaan di Malaysia yang menyimpan akhbar The Malacca Guardian. Jika ada, harap dapat berkongsi maklumat
Johari Hashim
29/11/2020

(Catatan ini dibuat genap setahun selepas Trip Solo Layan Muzium 2019)













Comments

Popular posts from this blog

Haji Mohamed bin Haji Abdul Rahman J.P